Kamen Rider Accel Kamen Rider Accel

Seperti Kamen Rider Double, Ryu Terui bertukar menjadi Kamen Rider Accel melalui penggunaan pemacu kilat USB yang dikenali sebagai Gaia Memory (ガイアメモリ, Gaia Memori). Walau bagaimanapun, Accel hanya mempunyai satu sahaja penjelmaan apabila dia memasukkan Accel Memory ke dalam AccelDriver. Serangan Maximum Drivenya ialah Accel Glanzer (アクセルグランツァー, Akuseru Gurantsā), iaitu selepas mengecas kuasanya sehingga ke tahap badan Accel diselubungi api berwarna jingga, dia melompat dan melakukan tendangan tumit berputar yang melepaskan tenaga dalam bentuk kesan bunga tayar.[1][2]

BikeForm

Penggunaan kuasa Accel Memory membolehkan Kamen Rider Accel bertukar ke bentuk seakan motosikal dikenali sebagai BikeForm (バイクフォーム, Baiku Fōmu). Bentuk ini dicapai dengan menanggalkan kepala tali pinggang AccelDriver semasa Face Flasher (フェイスフラッシャー, Feisu Furasshā) menyala dan setelah bertukar, ia membolehkan Kamen Rider Accel mencapai kelajuan 920 km/j.[3] Bike Form juga bleh digabungkan dengan beberapa unit Kamen Rider Double seperti Boilder, Turbuler, atau Splasher untuk menjadi AccelBoilder (アクセルボイルダー, AkuseruBoirudā, Start Dash Mode), AccelTurbuler (アクセルタービュラー, AkuseruTāburā), atau AccelSplasher (アクセルスプラッシャー, AkuseruSupurashā).

Accel Trial

Kamen Rider Accel Trial (仮面ライダーアクセルトライアル, Kamen Raidā Akuseru Toraiaru) adalah bentuk Kamen Rider Accel yang lebih berkuasa. Ia lebih pantas daripada bentuk biasa Accel, tetapi ia menyebabkan kuasa pertahanan serta kuasa keseluruhannya pula menjadi lebih lemah. Ia menutup kelemahannya itu dengan keupayaannya untuk menumbuk dan menendang jauh lebih pantas, di samping meningkatkan kelajuan pergerakannya (berlari, mengelak dsb.) pada satu tahap. Sebaik Maximum Drive diaktifkan, Accel Trial hanya boleh digunakan selama 10 saat lagi sebelum memaksa penggunanya kembali ke bentuk manusia asal, tetapi transformasinya dikekalkan sekiranya dia berjaya melaksanakan Trial Maximum Drive dalam masa kurang 10 saat.[4][5] Maximum Drive bagi bentuk ini ialah Machine Gun Spike (マシンガンスパイク, Mashingan Supaiku) Rider Kick, iaitu satu siri tendangan bertubi-tubi yang meninggalkan kesan tenaga berbentuk huruf T. Kuasa Maximum Drive ini hanya dihadkan oleh berapa banyak tendangan yang berjaya dilakukan oleh Accel Trial dalam masa kurang 10 saat. Motif Accel Trial termasuklah motosikal motocross off-road.[6]

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Accel http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accel_trial... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbike.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelbikefo... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/acceldriver... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/accelgunner... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/enginebrade... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gunner_a.ht... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/motoshell.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/trialmemory...